Thursday, 1 September 2011

Something I wrote before...part 1


Cerita bermula begini..., ok. aku nak buat karangan sikit nie..lama dah aku tak menulis panjang2..selepas habis musim penpal2 waktu sem 2 dulu, dah tak tulis dah notes panjang2 camnie..credit to English Department KMB kerana menganjurkan program sedemikian..tgk! aku dah melalut..kat mana aku tadi?? oh! cerita..ok, mari sini aku nak bercerita sikit..cerita bohsan2 jek..tapi menakjubkan bagi diriku yg hina ini..Subhanallah!


Pengalaman Pertama

Petang tadi, ok timeline dia 16 june 2011, dlm kol 2.15 minit petang..ok repetition! dah ptg tadi kat depan tue, mestilah petang kan?? ok, tak nak buang masa korg yg sudi membaca, aku teruskan penceritaan nie..
cerita nie terjadi masa aku tgh tunggu bas nak balik rumah aku kat felda kerteh 03, dot dot(alamat rumah aku), *sape nak, minta kat aku* kat kawasan dungun dari rumah nenek aku kat setiu which means tempat aku menunggu adalah di rumah sape? rumah nenek aku. pandai pon korg..aku waktu tu dah sedih sgt dah sebab bas yg sepatutnya aku naik dah terlepas. aku tak abis2 terlepas bas, haish!*bagi yg tau cerita aku waktu form 4 sure boleh relate*. bas yg terlepas tue lalu depan umah nenek aku tepat2 kol 2 sumting..aku sekadar mmpu mengerling melalui jendela umah nenek aku dengan perasaan kecewa dan hampa shaja sambil bersenang-senang memakai seluar dan baju..*punca aku terlepas* aduhai!
then, menyedari kesilapan silly aku tue, aku trus mempercepatkan proses pemakaian baju n seluar n sikat rambut (oh, aku tak sikat rambt) n sembur minyak wangi bbrapa ml  dan trus memecut kuar menanti ketibaan bas yg seterusnya which means sejam lebih lagilah...aisey! aku dok nanti2 bas nie dgn peluh merincit-rincit mmg suatu yg memeritkan..penantian suatu penyeksaan..benarlah kata pepatah..apa yg pepatah kata? ntah..abaikan.aku pon tak tau..so, to cut long story short, selama aku menunggu dengan peluh mula membasahkan baju aku, sambil2 aku menyanyilah..bajet suara sedap..aku kisah apa..aku nyanyi jelah..mula2 lagu Josh Groban.

~You raise me up, so i can stand on mountain, you raise me up to walk on stormy seas, I am strong when 
I am on your shoulders, you raise me up, to more than i can be~

Cewah! Pastu, aku sambung plak lagu Charice Pempengco..lagu dia dlm citer Glee season 2..last episode..tajuk dia, As long as you're there....best plak aku dengar lagu nie..dok ulang2 banyak kali, dah terhafal dah...

 ~All my life, i've waited for the right, moment to let you know, i don't wanna let you go
 but now i realise, there's just no perfect time, to confess how i feel, this much i know is real
so i refuse to waste one more second, without you knowing my heart~

ok penat plak aku nak tulis sumer lirik dia..cari sendiri lah ye..*bagi yg nak carilah*..
TETIBA....jeng jeng jeng!!!! surprised tak? ok..yg surprised, surprisedlah..yg tak tu, buat2 lah surprised..
Subhanallah, tetiba terlintas kat benak fikiran aku yg aku membuang masa nyanyi lagu2 mat salleh nie..teringat surah Al-Asr..

"dan demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, melainkan manusia2 yang beriman dan melakukan amal soleh. iaitu mereka2 yang berpesan2 kepada kebenaran dan berpesan2 kepada kesabaran"

trus aku tukar lagu lain, aku nyanyilah lagu2 nasyid mengingati Allah...lagu Sami Yusuf, Asma Allah . walaupun aku tak ingat mana lirik (aduh, teruknya aku!)..tapi aku nyanyi jelah..

~Allahumma Solli 'Ala Muhammad, Wa 'Ali Muhammad, Ya Mu'minin Sollu Alaih..~

then, aku berzikir-zikirlah Alhamdulillah, Lailahaillah, Subhanallah, Allahuakbar untuk mengisi masa yg lapang tue.."sesungguhnya dua nikmat yg sering manusia sering lupakan/abaikan yakni nikmat masa muda dan masa lapang"..jadi aku yg dah abaikan nikmat masa lapang lebih setengah jam dengan nyanyi lagu mat salleh tukar channel dengan berzikir tak sampai 7 minit pon(tgk betapa kontradiknya?)..jadi sape yg pandai matematik mesti tau aku dah nunngu bas bape lama?? 37 minit kan? aku tau tue jawapan korg..tapi salah! aku pon tak tau bape lama aku tunggu..hahaha..!

jadi, setelah insaf, aku trus pasrahkan diri dan bertawakal pada Allah moga2 bas seterusnya(Bas Jerteh-K.Trg) akan dtg lebih awal daripada biasa..aku bermonolog dalaman...
"moga-moga zikir2 aku nie dapat memberi aku kemudahan dalam keadaan terdesak nie"
Tgk! Zikir baru 7 minit tak sampai nak mintak benda pelik2..nak cepatkan bas plak..ko ingat ko sape? oh, celakanya diriku ini! NAMUN, jeng2 jeng2.....
Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang...Dia berfirman dalam Surah Al-Mukmin, 40:60..
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
Seriusly, tak sampai beberapa minit selepas aku bermonolog dalaman agar bas aku sampai lebih awal..TETIBA...
tekalah apa yg berlaku?? apa? alah korg mesti dah dapat teka..ya, betul! apa yg korg fikir, itulah jawapannya! itulah yg kita cari! tepat! hebat! 100 markah!

Ya, cliche nya ending untuk pengalaman pertama nie, bas aku pon sampai awal..waktu tu pukul 3.00..bas yg sepatutnya pada perkiraan aku yg tak bape nk terrer matematik HL nie, dlm kol 3.30 baru ada bas lain..tapi Alhamdulillah..doa aku termakbul..Subhanallah..bagi aku yg dlm keadaan terdesak sebab nak kena kejar bas satu lagi kat kuala ganu nanti, merasakan sgt bersyukur sebab aku tak perlu naik teksi yg lebih mahal tambangnya..dan InsyaAllah aku akan dapat naik Bas satu lagi kat kuala ganu dengan selamatnya sebab aku bertolak lebih awal..bas Himda Kuala ganu-Dungun, Ketengah Jaya tue akan berlepas dlm kol 4.20..perjalanan dari kampung aku ke kuala ganu dlm sejam lebih kalu tak byk berhenti..aku harap2 lah..sekali lagi, Alhamdulillah!

menanti bas ngan penuh pengharapan, namun bas tak kunjung tiba
                                                           >>Fast Forward>>

kita fast forward apa yg berlaku kat bandar kuala ganu, adakah aku sempat atau tak sempat naik bas setrusnya??? kita tgk sambungannya dalam cerita pengalaman kedua, hari yg sama juga.. hehehe...

No comments:

Post a Comment