Pengalaman Kedua
Suspen kan??? aku dapat ke tak dapat nak naik bas Himda Kuala ganu-Dungun, Ketengah Jaya?
haa..aku dapat ke tak?? cepat..teka cepat...suhana teka cepat!..syam cepat teka! aina cepat teka! hasif cepat teka! faris teka cepat! dan yg lain2 teka cepat..!
haish, lambt lah korg nie..apa yg korg fikir huh?? kahwin? Astaghfirullah..tak baik suu'zon(berburuk sangka)..so, aku berbaik sangka yg neuron2 cell korg masih ligat berfungsi memikirkan probability aku dapat ke tak kan?? bagus, jgn lupakan ilmu yg Cikgu Badar ajar..terutamanya akulah..peljar paling bermasalh sekali dlm kelas dia..kena halau kelas selama seminggu..oh! i miss that moment...bukan perkara yg buruk okay..peristiwa itu mengajar aku byk perkara..dan lebih merapatkan ikatan antara guru dan peljar..mesti dia akan igt aku untuk tempoh masa yg lama..cewah!
okay, dah panjang aku melalut nie..so aku terus ngan jawapan untuk soklan Statistic tadi..hurm..nie dah masuk conditional probability nie..aku pon igt2 lupa bab nie..ok..so jawapannya 4/5!!! ahahhaha....(gelak sorg2!)
fine, aku bgtwlah..aku TAK DAPAT naik bas Himda Kuala ganu-Dungun, Ketengah Jaya...huhuhu...sedey orr..tapi tak sedih sgt..La tahzan kan...aku sempat je nak naik bas tu kalau ikutkan..sebab waktu aku sampai stesen kuala ganu, bas tue baru nak jalan, kalu aku berlri 100m dlm masa 10 saat (stop dreaming, ko tue 100m beberatus saat!), sempat sgtlah..tapi aku tgk bas tue penuh ngan budak2 sekolah*oh, aku bukan budak sekolah lagi*..haha..diorg nie cuti agaknya..oh, aku lupa, mmg diorg cuti pon..kan Ganu umum cuti hari Ahad nie sbb menang bola piala FA dan Sukma buat kali ketiga berturut-turut..Hebat ar ganu! Peteh Ganu Peteh! hahaha...jgn takabbur!! Astaghfirullah, berbalik pada bas tadi, memandangkan sesak ngan budak2 sekolah, aku biarkan je ia berlalu begitu sahaja..walaupun aku tahu takkan ada ag bas lain yg route dia lalu kampung aku kampung felda kerteh 03, dot dot(alamat rumah aku)..so aku naik bas lain yg end stop dia kat Dungun je..
>>Fast Forward lagi>>
aku dah smpi dungun...dlm kol 7 brape ntah tapi waktu tue tgh azan maghrib..so aku trus pegi berjemaah maghrib dekat sebuah surau berdekatan..sesungguhnya "Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)"..*kononnya akulah insan yg paling rajin solat jemaah, oh! sama2 lah kita memperbaiki diri*
nak dijadikan cerita, aku mintak abg aku yg duk kat dungun tolong hantar aku masuk kampung felda sana yg jauhnya dari dungun, tak bape jauh sangatlah..tapi dlm setengah jam perjalanan...nak dijadikan cerita..dia penat! dia baru je keluar dari kampung selepas hantar nenek aku pergi berurut petang tue..dan dia kata,"aku dok cekak doh nie..baru sapa je nie aku pon. aku ator mu sipang duriang mentango jelah. pastu mu tunggu n mu tahang ar sape2."
fahimtum?? ada faham? ok..translation, "aku tak larat dah ni. baru sampai je ni aku pon. aku hantar mu simpang durian mentangau jelah. lepas tu, mu tunggu n mu tahan ar sape2"
akhirnya, sekali lagi berlaku kejadian menunggu dlm hidup aku..aduhai penat wei..
ketika itu, jam hanset aku yg aku cepatkan 13 minit menunjukkan pukul 9.16 minit malam which means masa yg sepatutnya adalah??? kira sendiri...
maka menunggulah aku di bus stop sipang duriang mentango sorg2 diri ditemani lampu neon, lampu jalan, kelkatu2, cicak2 yg seronok bekejar-kejaran di ats atap bus stop tue..kalu ada getah nie, mampus ko cicak!!
haish rase cam Dejavu..peristiwa petang tadi berulang kembali..masa je bertukar sikit, waktu malam.huhuhu..dlm keadaan malam yg gelap, dan di persimpangan mcm cerita filem tujuh perhentian aku duk sorg2..cuak jugak aku..tapi aku gagahkan diri dengan menyanyi lagu2 seperti Sedetik Lebih, Anuar Zain,
~kasihku ku amat mencintai kamu, kerna kau beri erti hidup, ku kan terus mencinta sedetik lebih~
dan juga lagu M.Nasir, Mentera Semerah Padi,
~hei kersani mengalirlah dikau, menjadi raksa mengisi belikat..lalala..mentera semerah padi, mentera semerah padi, mentera semerah padi!~
aku lupa lirik! dang! aku menyanyi tue adalh dlm 10 minit sumthing..then bosan2 mennti, aku cuba ceriakan diri dengan bermain game yg ada dlm hanset murah aku nie..oh! game apelah yg ada dlm nie..Snake Xenzia ngan Pocket Carrom jek?? hurm..nak wat camne..hanset murah..kalu ada Iphone atau Blackberry, mesti lagi best men game..so, aku pilih Pocket Carrom..ceh, bunyi cam byk je pilihan..sambil aku men aku tengok2lah kot2 ada kereta2 yg lalu ikut simpang tue, boleh aku tahan...
"VROOOOOOOOOMMMMM!"
bapak dia laju...tak nyempat den nak nahan nyo..mungkin dia igt aku hantu kak limah atau ngangkung kot..biasalah do not ride with strangers..aku faham perasaan tue..plus, do not take strangers waiting at the bus stop at this night too..he (akulah tue) might be serial ____________(killer, rapist, child molest n whatsoever) isi sendiri...begitulah juga yg berlaku pada kereta2 len yg lalu ikut situ..aku sgt sedih..tapi tak sedih sgtlah..la tahzan kan..
setelah termenung seketika, aku teringat peristiwa petang tadi...bergantung dengan pasrah pada Allah..bertwakal padanya..so, aku harap jadi jgaklah kali nie..walaupun percentagenya lebih rendah..tapi sape tau..kuasa Allah..aku pon berzikir dan berharap ada kenderaan yg bila aku tahan, dia akan berhenti dan tumpangkan aku masuk dalam kampung aku..
tak smpi beberapa minit selepas aku berzikir dan berdoa,
"VROOOM"
slow je...tak laju sgt...aku cuba nak tahan dan buat muka kesian, tapi dlm kerete tue ada sorg laki n sorg pmpuan..isteri laki tue lah kot..jadi, aku tak jadi nak tahan..aku biarkan sahaja..malas aku nak ganggu diorg...huhu..
TETIBA.......setelah 20m melepasi aku, kereta tue berhenti. kereta tue tetiba je reverse..aku dah kaget! ceh, kaget konon..aku rase pelik..pehal nie..then, kuarlah pemandu kereta tue, seorg lelaki...
"Nok g mane nie?"
aku menjawab,
"Buleh dok mintak tumpang masok dlm nu"
pemandu laki,
"mane?"
aku menjawab lagi,
"Kerteh 03"
pemandu laki,
"Oh, mari ar..mari naik sekali..ni pon nak g masuk dlm nu jugak"
Alhamdulillah...doa aku makbul sekali lagi..Subhanallah..aku mmg tak percaya hal ini berlaku pada aku..namun Allahu Akbar..Dia mampu buat apa sahaja...aku apalagi, dengan gembiranya masuk ke dalam kereta lelaki stranger tue, which means i am stranger to him and he is stranger to me, but persetan sumer tue..yg penting aku dlm kesusahan dan dia ikhlas nak tolong..moga Allah memberikannya pahala atas bantuannya..tapi ingat, bukan semua kes boleh buat camnie, terutamanya golongan hawa..jgn sesuka hati naik kereta strangers..kereta so-called boyfriend pon jgn naik jugak..ntah apa dia buat kat ko nanti..selagi dia bukan suami korg, korg tetap kena ada perasaan doubt yg diorg akan buat benda tak baik kat korg, self-protection! lagi baik jgn ada pakwe, minta suh abg atau ayah je amikkan..elakkan sumer nie..(iklan sekejap..hehehe)
dlm kereta tue, kitrg borak2 ar jugak..naseb baik mereka pasangan suami isteri ni peramah dan mesra..aku pon tanya lah kat diorg,
"tinggal mane nie?"
si suami menjawab,
"tinggal paka, ni pon mari dari dungung"
aku bertanya,
"habis, bakpe lalu kot nie? bukan paka g strait je kang dari dungung?"
si suami menjawab,
"oh, saje je nok lalu kot nie. nok lalu kot kawasang kapong. lame doh dok tgk kapong dlm nie. dlm nie pon kekgi ada lebuh raya. saje nok tgk guane doh leni."
aku,
"ohhhhhh"
aku terfikir sejenak..Subhanallah...Allahu ya Muqallibal Qulub...Ini semua kuasa Allah..Allah yang memberikan ilham pada pasangan suami isteri tue untuk lalu ikut jalan ke kampung aku dan juga memberikan ilham untuk dia memberhentikan kereta dan ajak aku naik sekali..walaupun tak kenal aku, tapi dia cakap, bahaya duk sorg2 malm2 gini nie..dok pe ar, mari kita ator ar...kejadian nie berlaku selepas beberapa minit aku berzikir...bukan nak cakap doa aku makbul semua, tapi kuasa Allah yg menolong hambanya apabila kita minta tolong dengannya sangat lah hebat! kita tak tau. seriously, berbagai-bagai cara Allah nak tolong hambanya...tinggal kita je nak minta atau tidak..akhirnya, selamatlah aku sampai kat umah aku dlm kol 9.45 malam..Alhamdulillah...Subhanallah...ok, habis cerita! pheww!
P/s:
- aku minta maaf kalu ada kasar bahsa dalam penulisan yg tak berapa ilmiah nie...lebih kepda celoteh aku sahaja..tapi aku sekdar ingin berkongsi..harap dapat ambil iktibar buat semua yang membaca..
- cerita ini cerita betul..100% kisah benar yg berlaku pada aku sendiri..tapi adalah penambahan sikit2 plotnya, namun tidak mengubah kebenaran cerita. sekdar untuk menjadikannya lebih dramatik! cewah!
- secara ringkas, cerita ini berkisar aku dlm kesusahan, then doa pada Allah, then dapat pertolongan..itu sahaja. namun iktibar yg aku cuba kongsikan bukanlah kita nie nak doa kat Allah pada waktu kita terdesak, dlm kesusahan, tercekik, dan segala ter ter lagilah..bukan..bukan itu..kita perlu ingat Allah pada bila2 masa pon..waktu kta terjaga, berdiri, duduk, berbring dlm kesusahan dlm kesenangan dan semua keadaan..kita hambaNya..maka lumrah hamba untuk ingat pada Tuannya..ingat pada Pencipta kita...itu yg paling penting..aku tak igt ayat mana dlm Quran, tapi bunyinya lebih kurang, kalu hambaKU ingat padaku, aku akan ingat padaNya..maka, bila dlm kesusahan, Allah akan ingat kita dan akan Tolong kita..tapi kita manusia, biasalah..bila senang, lupa daratan, lupa Tuhan..bila susah mula terkedek-kedek, terkial-kial nak minta tolong tuhan..aduhai! walau bagaimanapun, lebih baik kita ingat tuhan pada waktu terdesak n kesusahan daripada tak ingat langsung tak kira susah ke tak..tu mmg lagi teruk lah! Nauzubillah..tapi cuba lah kita baiki diri kita ye?
- mari kita bersama-sama menjadikan diri kita lebih baik dari semalam dan esok lebih baik daripada hari ini..ingat, Allah tidak melihat kepada kesudahan sesuatu, namun usaha kita untuk melakukan sesuatu yg dinilai..
-ni dah bulan Rejab, byk2 kanlah beramal di bulan ini, bulan Syaaban n Ramadhan..n istiqamahkanlah di bulan2 yg len jugak...InsyaAllah. Akhiru kalam, Unzur Ila Ma Qal, Wa La Tanzur Ila Man Qal.